Perfume WANITA TERAKHIR by FATTAH AMIN (Review)


Perfume pertama Fattah Amin yang diberi nama Wanita Terakhir telah dilancarkan pada 28 April lalu. AJ De Perfume selaku founder perfume ini telah menetapkan perfume ini limited edition dan hanya dikeluarkan sebanyak 1970 botol sahaja. Namun, telah meliar di media sosial ketika ini tentang kuantiti sebenar perfume ini dikeluarkan.


Bersempena Hari Ibu yang lalu, AJ De Perfume talah mengiklankan promosi 'Beli Satu Percuma Satu'. Maksudnya beli perfume Wanita Terakhir ini, percuma satu perfume inspirasi 30ml bernilai RM60. Haa.. gitu. Sedangkan khabarnya perfume Wanita Terakhir sudah SOLD OUT beberapa minggu yang lalu. Nombor siri yang kami di H.Starz dapat pun dah 1890++ sedangkan Geng Giler Perfume H.Starz dah pra pesan perfume Wanita terakhir ini beberapa hari selepas Fattah Lancarkan perfume ini secara live di laman sosial.

Tolak ke tepi pasal hal tu. Kalau dah ada permintaan motif pulak mereka nak rugi, kan? Mungkin ada perfume Wanita Terakhir versi berbeza dari segi pembungkusannya tapi bau sama kut, siapa tahu? Kiranya botol, kotak dan sticker untuk yang macam gambar di atas tu untuk limited edition. Hehehe...

Untuk posting kali ni kami di Geng Giler Perfume H.Starz nak review perfume ni. Kalau anda perasan, dah lama kami update pasal perfume ni. Ya, memang kami dah lama memiliki perfume ni, baru sekarang nak review. Saja nak tengok perkembangan perfume ni betul-betul nak Limited Edition atau tidak. Hahahaha.. tapi ternyata... :P

Kami di Geng Giler Perfume H.Starz, masa cuba kali pertama haruman perfume ni, hanya seorang dari kali dapat cam bau ni bau seakan perfume apa. Yang selebihnya krik-krik. Mungkin itu juga salah satu sebab kenapa kami lambat buat review. Ha ha ha ha!

Selepas menguji dan cuba menyamakan haruman ini dengan haruman lain, akhirnya kami dapat kata sepakat, bau perfume ni sama sebijik dengan dua haruman antarabangsa ni. Nak tahu perfume apa? nanti kami bagi tahu.

Pembungkusan perfume WANITA TERAKHIR tiada originaliti.

Sekilas tengok pembungkusan perfume ini, sekilas sebijik macam pembungkusan perfume dari jenama antarabangsa Jo Malone. Dari warna, reben dan label sampaikan logo 'WT' tu pun hampir sama dengan jenama tu. Tak percaya? Tekan button 'Buka' di bawah.



Macam mana, sebijik kan? Aduhai. Ketebalan kotak, botol semua dah okey, nampak mahal. Tapi... design pulak duplicate betul dengan perfume lain. Ni kalau JM nampak perfume ni, boleh saman terus. Kenapa AJ De'Perfume tak cari design tersendiri ya? Why nak kena ikut perfume lain? filed sungguh kat situ.

Bau WANITA TERAKHIR  tidak terlalu eksklusif sangat seperti yang diwar-warkan.

Berkali-kali Fattah Amin kata di video livenya masa pelancaran perfume ni dia mengatakan, perfume ni ada registration, tapi tak ada pun no registration tu kat perfume ni. Dia claim perfume ni tahap perfume antarabangsa seperti Dior, Versace dan semua-semua tu. Tapi di video tu, jelas kelihatanlah yang Fattah macam tak tahu apa-apa pasal tahap originaliti perfume tu. Berkali-kali dia lihat orang di sisi kirinya mungkin wakil founder. Apa yang dikatakan tentang perfume tu macam semua merujuk pada orang di sebalik kamera tu.

Selepas kami di Geng Giler Perfume H.Starz hidu berkali-kali, sah! Perfume ni inspirasi perfume dari dua perfume jenama antarabangsa ni. Nak tahu perfume apa? Tekan lagi button 'Buka' di bawah.



Perfume WANITA TERAKHIR sebijik bau perfume La Vie Est Belle by LANCOME dan FLOWERBOMB by VICTOR&ROLF. Tapi lebih sama dengan FLOWERBOMB tu. Kata founder tak sama dengan perfume dengan perfume lain. Tapi kaedahnya, inspired sangat. Dah sah-sah AJ De'Perfume salah satu compeny pengeluar perfume inspired. So, faham-fahamlah. Lagi-lagi katanya perfumenya diimport dari Switzerland. Sahlah kan. Banyak giler perfume inspired kat Malaysia ni claim import minyak dari Switzerland jugak. Hahaha...

Liquid perfume WANITA TERAKHIR agak berminyak.

Luquid perfume ni agak berminyak. Spray pada paper, meninggalkan bekas seperti minyak agak lama. Mungkin kandungan alkoholnya sedikit dan kandungan pati minyaknya banyak. Jadi, jika kandungan pati minyak lebih banyak, tak sesuai untuk semua fabrik. Mungkin boleh meninggalkan kesan pada pakaian cerah seperti pakaian putih. Warna Liquid pula sama macam warna perfume Erra Fazira dan Shila Rusly. Ala-ala urin gitu.


Tahap long lasting boleh dipuji.

Tahap ketahanannya boleh dipuji. Sembur pada kulit bertahan hampir 4 jam, jika sembur pada pakaian hampir 8 jam. Tak pasti perfume ni Eau De parfume ke apa, sebab tak dimaklumkan. Tapi dari ketahanannya perfume ni di tahap eau de parfum.


Harga yang tak releven.

Kami terkejut dapat tahu harga perfume ni RM222 (harga Semenanjung) tidak termasuk postage. Kalau perfume ni level perfume Chanel tak mengapa juga, ada originaliti, lasting tahap gaban dan sebagainya. Ni? Kotak duplicate, liquid inspired perfume. Tapi jual harga RM200++. Macam tak logik. Tapi, entahlah. Tak tahu kat mana mahalnya. 


Tidak sesuai untuk lelaki.

Menurut Fattah lagi, perfume ni unisex. Sesuai untuk lelaki dan perempuan. Tapi, bagi kami perfume ni sesuai untuk perempuan sahaja. Motif pulak jantan nak pakai perfume nama Wanita Terakhir'? Feeling-feeling? Kelakar di situ. Lagi pun yang minat perfume ni pun biasa golongan perempuan je pun. Apa-apa pun, pada yang suka bau sweet vanilla, perfume ni sesuai untuk anda. Kalau lelaki pakai, memang janggallah. Lagi-lagi lelaki macho.. memang tak sesuai perfume ni untuk anda. kalau Fattah pakai perfume ni, rebah iols! Ha ha ha ha!


Penilaian Geng Giler Perfume H.Starz:

Pembukusan: ★★★★✭
Originaliti kotak dan botol: ★☆☆☆☆
Originaliti bau: ★☆☆☆☆
Label pada botol: ★★★☆☆
Ketahan bau pada kulit manusia: ★★★☆☆
Ketahanan pada fabrik/pakaian: ★★★✭☆
KESELURUHAN: ★★★☆☆



Share on Google Plus

Penafian

H.Starz tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

0 comments:

Catat Ulasan