MAROON by SCHA ALYAHYA 30ML (Review)


14 MEI 2017 - Hujung Januari yang lalu, pasangan pelakon dan pengacara Scha Alyahya dan Awal Ashaari telah melancarkan perfume masing-masing yang diberi nama Maroon dan Bleu. Pada pandangan kami, pembukungsan dan pembotolan perfume ini boleh dipuji kerana tiada sama dengan mana-mana rekaan botol perfume selebriti Malaysia yang lain.

Botolnya memang cantik, bukan jenis refill macam perfume sesetengah artis. Rekaan botol yang tersendiri dan punya originality yang tersendiri.

Geng Kaki Perfume H.Starz kali ini akan mengulas tentang perfume Maroon Scha Alyahya sahaja. Untuk perfume Blue by Awal Ashaari tidak. Sebab Geng kaki perfume kami semuanya feeling-feeling women uols. So, tak ada yang pakai perfume for men. Biarlah blogger lain yang review, okey?

Dikeluarkan dalam satu kuantiti sahaja iaitu 30ml. Buat masa ni perfume artis Malaysia memang banyak keluarkan paling banyak pun 30ml dengan harga dekat RM50.

Sekilas pandang, memang awalnya kami memang teruja dengan rekaan botol dan kotaknya. Selepas geng kaki perfume H.Starz memiliki perfume ini, ternyata, tidak mengecewakan. Botolnya memang cantik, bukan jenis refill macam perfume sesetengah artis. Rekaan botol yang tersendiri dan punya originality yang tersendiri. Itu boleh dipuji. Tapi bagai mana dengan baunya? Tahap long lastingnya?



...warna di bahagian dalam botol tu dicat di bahagian dalam atau macam mana? Jika just cat aje di bahagian dalam tu, risiko liquid perfume bercampur dengan cat dan mengalami perubahan kimia yang bahaya untuk kulit amatlah tinggi!

Dikeluarkan dalam satu kuantiti sahaja iaitu 30ml. Buat masa ni perfume artis Malaysia memang banyak keluarkan paling banyak pun 30ml dengan harga dekat RM50. Mahal kan? Tapi sepadan ke dengan kualiti perfume, pembungkusan dan pembotolannya? Ada perfume sesetengah artis tu, belum apa-apa label pada botol dah hilang sebab guna kualiti printing yang sangat murahan.

Tapi untuk perfume Maroon ni, pembungkusannya cantik. Kotak pun cantik. Design seakan perfume Neelofa. Mungkin dari pengeluar yang sama. Botol kalis cahaya. Cumanya, warna di bahagian dalam botol tu dicat di bahagian dalam atau macam mana? Jika just cat aje di bahagian dalam tu, risiko liquid perfume bercampur dengan cat dan mengalami perubahan kimia yang bahaya untuk kulit amatlah tinggi!

Sekilas geng kaki perfume kami hidu perfume ni (tak spray lagi) dah tahu inspirasi atau bukan. Perfume MAROON by SCHA ALYAHA sebijik 99.99% sama dengan bau perfume Chloe by Chloe.

Bagai mana dengan bau perfume ni? Sekilas geng kaki perfume kami hidu perfume ni (tak spray lagi) dah tahu inspirasi atau bukan. Kenapa kami sebut inspirasi? Sebab, perfume artis Malaysia ni kebanyakan isian dia dari pati minyak wangi inspirasi je pun. Bukan create new smile yang tak sama dengan perfume lain pun. Perfume jenama antarabangsa lain walaupun ada sama dengan perfume dari jenama yang lain, tapi tak 100% sama. Setakat 50%-60% sama. Kalau ni dah hampir 99.99% sama dengan perfume lain, tak ke konsepnya inspirasi juga tu?

Perfume MAROON by SCHA ALYAHA sebijik 99.99% sama dengan bau perfume Chloe by Chloe.

Cuma, first spray tu, bau seakan bau cat minyak agak kuat. Bau sebenar (bau Chloe) hanya keluar seminit hingga 2 minit kemudian. Adakah bau cat itu hasil tindak balas kimia pati minyak wangi yang digunakan dengan cat meroon yang dilapis pada bahagian botol tersebut?




Jika anda ada perfume Chloe by Chloe anda boleh bandingkan. Dry down dia sebijik bau sama dengan Maroon by Scha Alyahya. Sah-sah perfume Chloe keluar dulu. Jadi, sahlah Maroon yang inspired Chloe.

Tahap long lasting boleh dipuji. Geng kaki perfume kami dah cuba spray pada kulir lengan, lebih 12 jam baunya.

Cuma, first spray tu, bau seakan bau cat minyak agak kuat. Bau sebenar (bau Chloe) hanya keluar seminit hingga 2 minit kemudian. Adakah bau cat itu hasil tindak balas kimia pati minyak wangi yang digunakan dengan cat meroon yang dilapis pada bahagian botol tersebut? Andai betul, agak bahaya untuk dispray pada kulit. Jadi jika anda was-was hendak guna perfume ni, lebih baik spray pada pakaian.

Tahap long lasting bolehlah dipuji. Geng kaki perfume kami dah cuba spray pada kulit lengan, lebih 4 jam baunya. Tapi jangan salah sangka, takdelah lebih 4 jam tu baunya still kuat. Cuma masih terbau di kulit lengan walaupun sudah lebih 4 jam disembur.

Sembur pada pakaian atau fabrik pula, tahan lebih 5 jam bau kuatnya. Namun hampir 8 jam, baunya masih dapat dihidu pada fabrik. Jadi, ketahanan bau untuk perfume Maroon by Scha Alyahya ni boleh dipuji bersesuaian dengan harga dan kuantitinya. Tapi... ada perfume lagi murah lebih tahan lama dari perfume ni. Tak percaya pergi Watson. Melambak Hahaha... Sesiapa suka bau rose yang segar, perfume ini sesuai untuk anda. Terasa berbaloi jugalah melabur RM50 untuk 30ml perfume jenis Eau De Parfum.

Cuma kelemahan perfume ni, tiada senarai ingredients yang tepat untuk isiannya.

Penilaian Geng Kaki Perfume H.Starz:

Pembungkusan: ★★★★✭
Pembotolan: ★★★✭☆
Originaliti Rekaan Botol:★★★★✮
Label pada botol: ★★★☆☆
Originaliti bau: ★✭☆☆☆
Tahap ketahanan bau keseluruhan: ★★✭☆☆
Ketahanan bau pada kulit manusia: ★★☆☆☆
Ketahanan bau pada fabrik dan kertas: ★★☆☆☆

Share on Google Plus

Penafian

H.Starz tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

0 comments:

Catat Ulasan