12 lagu ke JUARA LAGU 32



SELEPAS persaingan sengit selama tiga minggu, 12 lagu mara ke pentas berprestij Anugerah Juara Lagu Ke-32 yang bakal berlangsung Februari depan.

Keputusan itu diumumkan gandingan pengacara Sherry Al Hadad dan Hefny Sahad pada pentas minggu terakhir Semi Final Muzik Muzik 32 (SFMM32) di Sri Pentas 2, Shah Alam, malam tadi.

Dua belas lagu itu ialah Separuh Mati Ku Bercinta ciptaan sepenuhnya Ajai dinyanyikan Dayang Nurfaizah, Sejati (Faizal Tahir/Mike Chan/Azmi Caliph Busker), Menahan Rindu (Ibnu & Gouffran/Wany Hasrita), Tergantung Sepi (Gouffran/Ibnu/Haqiem Rusli), Lebih Sempurna (Syamel), Aku Cinta (Syamel/Ernie Zakri,

Lagu lain ialah Warkah Untukmu (Hang Nadim/Laq/Ara Johari), Bayang (Alam Harry Khalifah/Patrick Anahonda/Khai Bahar), Jampi (Hael Husaini/Ezra Kong), Aku Yang Sebenar (M Nasir/Ad Samad/Hazama & The Penglipurlara), Amboi (Navigator/Altimet) dan Akhirnya Cinta (Ajai/Slen/Salma).

Pemilihan lagu ke final dinilai sepenuhnya barisan juri profesional diketuai Datuk Mokhzani Ismail selaku ketua juri, AG Coco, Azmeer, Edrie Hashim, Helen Yap, LY dan Pak Ngah.

Sebanyak 30 lagu bersaing di peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik (SFMM32) di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, pada 29 Oktober, 5 dan 11 November lalu.

Pentas Minggu Terakhir SFMM32 turut dihangatkan dengan persembahan kumpulan 6ixth Sense (Tanpa & Khatimah Cinta), Bunkface dan Tam Spider (Relaku Pujuk, Situasi, Aladdin, Revolusi).







Share on Google Plus

Penafian

H.Starz tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

0 comments:

Catat Ulasan