SILVER ROSE by SCHA ALYAHYA [Review]



SEPTEMBER 15 yang lalu, telah dilancarkan haruman terbaru dari selebriti terkenal Scha Alyahya serentak dengan haruman suaminya, Noir by Awal Ashari. Ini haruman kedua dari selebriti ini selepas Maroon by Scha Alyahya yang telah dilancarkan awal tahun ni kalau tak silap.

Untuk perfume kedua ini, Scha telah menamakan perfumenya sebagai Silver Rose yang dicirikan dari rekaan botolnya yang mepunyai bentuk sekuntum bunga rose perak pada penutupnya. KUALITI PENUTUP DIA SANGATLAH RENDAH. TAK KETAT DAN LONGGAR GILER! Botol made in China ke apa ni? Kah!


I yakin, Scha bubuh nama perfume kedua dia ni berdasarkan pada rekaan botolnya. Sebab, bukan murah nak tempah rekaan botol sendiri dengan design sendiri. Berkemungkinan Scha memilih botol ready made.


Kualiti botol? Sebijik rekaannya macam perfume Fasha Sandha, London. Cuma botol yang ni kecik sikit sebab 20ml. Mungkin botol ini untuk isian 30ml kut, tapi diisi dengan 20ml sahaja, macam perfume Precious by RCW, tu yang tak penuh. Mungkinlah, ini anggapan I aje. 

Printing pada botol agak mengecewakan, sama macam perfume-perfume selebriti Malaysia yang lain (kecuali perfume LOVE by Dato' Sri Siti Nurhaliza), kualiti sangat rendah dan mudah terhakis. Cuba uols tengok printing pada botol tu, ada corak bunga dia yang dah terhakis wal hal baru aje bukak dari kotak. Caner tu? RM49.90 untuk 20ml macam krik krik krik..

Baunya macam mana? Ini lagi kemusykilannya. I tak pasti Scha keluarkan perfume kedua dia ni dia tanya pada pakar perfume ke tidak. LANGSUNG TAKDER BAU ROSE. So??? Di mana rosenya? Kalau perfume brand mahal, dia orang akan menamakan perfume mereka seiring dengan baunya. Contoh, Bvlgari Rose Goldea. Versi haruman pertama Goldea di campur haruman rose, bukan suka-suka letak nama. Terserlah baru rosenya. So, I beranggapan, Scha letak nama perfume kedua dia ni berpandukan design ready made botol perfume dia yang ada rose silver tu - bukan berpandukan harumannya.


HARUMAN INI LEBIH KEPADA ORANGE BLOSSOM!! Bukan Rose!!! Stress tau bila hidu bau perfume yang tak ada kena mengena dengan nama. So, uols rasa ni perfume inspired ke... fomulasi sendiri? Kalau uols tanya iols of course iols jawab, isian perfume ni dari isian minyak wangi inspired yang berlambak di luar sana. Harap Scha tak marah yer?

Nak tahu perfume ni bau macam mana? Uols boleh pergi Parkson Elite atau butik perfume Chanel, try tester perfume Chanel Coco Mademoiselle. SEBIJIK UOLS!!!

Walaupun Coco Mademoiselle ada campuran bau rose, tapi bau orange dan patchouli dia lagi kuat. Rose dia macam ada takder aje. Mungkin Scha patut pilih isian perfume inspired yang lebih kepada bau rose yang lebih kuat - sesuai dengan nama yang dibubuh. Baru sesuai dengan nama. Rasanya bau rose pada Maroon by Scha Alyahya lagi kuat dari yang ini yang mana Maroon tu pun inspired sangat dari perfume Chloe.




Untuk kotaknya, sama kualiti dengan perfume Maroon beliau sebelum ini. Dan masih sama, TIADA SENARAI BAHAN-BAHAN, TIADA TARIKH DIKILANGKAN dan TIADA TARIKH LUPUT. Perfume ni tahan 100 tahun lamanya kah? Hahahaha... Kalau tak letak tarikh luput, letaklah tarikh dikilangkan, jadi pengguna boleh tahu perfume tu perfume lama atau baru. Harap-harap Scha dan Awal lebih ringan mulut tanya pada peniaga barangan kosmetik tentang prosidur yang betul untuk keluarkan produk macam ni. Semua barangan macam ni kena ada tarikh-tarikh tu uols, wajib!

Tahap long lasting boleh dipuji. Perfume inspired Coco Mademoiselle yg berlambak di kios-kios mall juga bau sama dengan perfume ni dan ketahanannya turut sama. So, berbaloi miliki perfume ini untuk peminat Scha Alyahya. Untuk yang nak berjimat, anda boleh nilai sendiri, 30ML RM30 atau yang ini 20ML RM49.90 yg mana kualitinya sama. So, pilihan tetap ditangan anda.

Kenapa makin lama makin sikit dan kecik ek perfume artis Malaysia ni? Lepas tu jual mahal. Nak kaya cepat nak ke mekah ka? Tapi tak pergi-pergi pun. Kbye!


Penilian keseluruhan: ★★☆☆☆




Share on Google Plus

Penafian

H.Starz tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

0 comments:

Catat Ulasan