Perfume WANITA TERAKHIR by FATTAH AMIN



Seperti yang sedia maklum, pelakon terkenal Fattah Amin telah melancarkan perfumenya bulan lepas dengan nama WANITA TERAKHIR bersempena dengan tajuk single terbarunya. H.Starz tak pasti, nama perfume itu dipilih oleh Fattah Amin sendiri atau ketetapan founder perfume itu iaitu AJ De'Perfume.

H.Starz dah miliki perfume ini dengan nombor siri 1800++ kalau tak silap. Lupa pulak H dua digit akhir tu. Tapi, apa yang pasti, menurut founder dan Fattah Amin sendiri melalui video live-nya, perfume ini hanya dikeluarkan sebanyak 1970 sahaja. Tak pasti, kenapa jumlah itu dipilih. Sama ada itu tahun tarikh lahir Fattah Amin atau tahun tarikh lahir founder AJ De'Perfume tu. H pun tak tahu.

Kami di H.Starz masih belum menghidu dan menguji perfume ini lagi. Perfumenya sudah ada di tangan. Tapi masih belum dibuka. Apa yang pasti Fattah Amin artis kedua mengeluarkan perfume dengan harga paling mahal selepas Ning Baizura! Perfume Wanita Terakhir ini telah ditetapkan harganya RM222 untuk semenanjung. Untuk Sabah Sarawak dan negara lain, kami tak pasti. Apa yang confirm, walaupun anda beli terus melalui HQ, kos penghantaran tetap dicaj. Kelas tak? Biasanya kalau beli terus kat HQ, free postage.

Menurut Fattah juga, katanya perfume Wanita Terakhirnya telah didaftarkan dan setanding dan setaraf dengan perfume antarabangsa seperti Dior, Versace tu semua. Tapi, bila dia dah jadi duta perfume inspirasi dan perfume ini dikeluarkan oleh founder yang sama, jadi pihak H.Starz agak musykil dan ragu-ragu tahap keantarabangsaan perfume ini.

Apa-apa pun crew terpilih H.Starz akan cuba menguji tahap bau, ketahanan dan kualiti perfume ini untuk diulas pada posting akan datang. Ada ura-ura mengatakan perfume ini baunya sebijik Viktor & Rolf Flowerbomb. Adakah pihak founder menggunakan pati perfume inspirasi untuk perfume ini? Tunggu review kami tak lama lagi.



Share on Google Plus

Penafian

H.Starz tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

0 comments:

Catat Ulasan