LOVABLE by ERRA FAZIRA (Review)


Seperti sedia maklum, Erra Fazira telah mengeluarkan perfumenya sendiri. Buat masa ini dua jenis perfume beliau yang diberi nama LOVABLA (Limited Edition katanya!) dan FORGET ME NOT. Perfume beliau sudah berada di pasaran sejak tahun lepas lagi dengan kuantiti 30ml untuk LOVABLE dan 50ml untuk FORGET ME NOT. Kedua-duanya dikeluarkan dalam versi Eau De Parfum sahaja buat masa ini.

Tapi di posting ni kami di H.Starz nak review perfume Erra Fazira yang Limited Edition dengan nama LOVABLE tu. Bab kualiti, apa yang kami boleh katakan macam tak sesuai dengan harganya. Bunga dan reben tu, dia tak jahit tapi gam aje guna gam silikon. Perfume yang kami beli, dah tercabut pun bunga reben tuh. Hahaha... 30ml untuk harga hampir RM50 agak mahal dengan kualiti yang agak rendah. Kotaknya pun sangat berkualiti rendah.


Apa yang kami tahu, Erra Fazira bukan macam Che Ta atau Rita Rudaini yang tidak menggunakan founder untuk keluarkan perfume mereka. Tapi, perfume Erra Fazira khabarnya dibawah urusan One Drop Perfume, yang pernah popular suatu ketika dulu. Tapi, tiada nama founder pula di botol atau di kotaknya. Ingredient pun tak ada. Kat situ amat tidak menyakinkan pembeli. Kotaknya pun ala-ala kotak jajan kanak-kanak Deng Dang atau Tora tu. 

Baunya? Menurut Erra Fazira, harumannya telah dicipta oleh pencipta perfume antarabangsa. Tapi, selepas kami di H.Starz memiliki perfume ini, dan hidu. Kami hanya gelak besar. Terlintas di fikiran kami, beginikah haruman ciptaan pereka perfume antarabangsa? Baunya sebijik perfume dari Victoria Secret Bombshell!! What the... tet!!!

Terlintas di fikiran kami, beginikah haruman ciptaan pereka perfume antarabangsa? Baunya sebijik perfume dari Victoria Secret Bombshell!! What the... tet!!!


Selain pembungkusannya yang agak rendah kualitinya dan baunya yang sangat inspired, ketahanan perfume ini yang dikatakan versi Eau De parfume sangat tidak long lasting. Sembur pada kulit macam tahan 10 minit aje, lepas tu gone! Sembur pada pakaian, tahan 15 minit aje, lepas tu gone! Why?? Mungkin faktor pemilihan bau juga menyebabkan perfume ni tak long lasting.

Selain pembungkusannya yang agak rendah kualitinya dan baunya yang sangat inspired, ketahanan perfume ini yang dikatakan versi Eau De parfume sangat tidak long lasting.

Perfume dari note citrus dan fresh ni memang susah nak long lasting walaupun Eau De Parfum. Tapi statement Erra Fazira yang mengatakan perfumenya ciptaan pereka perfume antarabangsa tu memang tak boleh blah! Wal hal isiannya hanya setaraf pati minyak wangi inspired aje pun. One Drop Perfume siapa tak kenal? Salah satu jenama yang paling awal menjual perfume inspirasi selepas Perfume Generic yang masih kekal sehingga sekarang.

Di harap Erra Fazira akan lebih memetingkan kualiti dari segala segi untuk perfumenya yang akan datang jika ada.


Penilian H.Starz untuk perfume LOVABLE by ERRA FAIZARA:

Bau: ★☆☆☆☆
Originaliti: ★☆☆☆☆
Ketahanan: ★☆☆☆☆
Pembungkusan : ★★☆☆☆
Pembotolan: ★★★☆☆
Harga: ★☆☆☆☆


Share on Google Plus

Penafian

H.Starz tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

0 comments:

Catat Ulasan