LOVE by DATO' SITI NURHALIZA [REVIEW]



SEPTEMBER lalu, diva pop Malaysia yang masih kekal nombor satu sehingga kini telah melancarkan haruman terbaru beliau yang diberi nama LOVE. Buat julung-julung kalinya SimplySiti telah mengeluarkan perfume yang menggunakan nama Dato' Siti Nurhaliza pada produk mereka.

Seawal 15 September 2017, perfume ini telah mula dijual secara atas talian dan di kesemua butik Creation yang ada di Malaysia ini dengan harga pasaran RM150 sebotol, tidak termasuk kos penghantaran jika membeli secara atas talian.

Namun, minggu-minggu awal perfume ini dilancarkan di online shop SimplySiti, ia telah dijual dengan harga promosi dengan potongan harga menarik. Namun, I tak sempat nak merasai harga promosi tersebut. Busy sangat masa tu dan beli dengan harga pasaran iaitu, RM150 sebotol campur kos pos RM7 (semenanjung) jadilah RM157. Wal hal beli kat website rasmi SimplySiti, tetap kena caj kos pos. Tak dapat harga borong ke uols untuk perfume? Kah!

Sebagai peminat perfume, dan menetap di Malaysia, agak janggallah beli perfume JLo, perfume Britney Spears tapi perfume artis Malaysia tak beli. Kenalah beli sebagai tanda sokongan, tak gitu? Apa yang boleh I komen tentang perfume ni, rekaan botol dia biasa sahaja. Minimize giler. Penutup pulak ala2 diamond seakan penutup koleksi perfume Syahirah Jewel dan Versace Bright Crystal gitu.

Kotaknya pula tebal seakan kotak perfume Fattah Amin - Wanita Terakhir. So mungkin mahal sebab kotaknya tebal kut. Kotak perfume ni jangan buang, boleh buat simpan segala cincin, gelang, jam tangan dan rantai anda. Sebab dia macam laci, boleh tolak masuk.

Yang mahal dan nampak eksklusif bagi I tentang perfume ini adalah, printed label dia pada botolnya. MELETOP! Sebelum ni I ingat sticker aje. Tampal... settle. Rupanya printing terus atas botol. Sangat eksklusif. Kalau Nicki Minaj buat botol perfume dia bentuk muka dan badan dia separuh dengan pelbagai fesyen ikut jenis bau. Untuk perfume LOVE ini, SimplySiti printed terus gambar Dato' Siti Nurhaliza pada botol yang mana membawa effect berbeza di bahagian depan dan belakangnya.


Dikeluarkan hanya dalam kuantiti 50ML sahaja buat masa ini secara limited edition atau edisi terhad yang dijual hanya di website jualan SimplySiti dan di kesemua butik Creasion di Malaysia. Cuma agak kecewa pada kotak perfume ni. Rasanya logo SIMPLYSITI tu tak perlu cetak kat depan kotak tu. Cukup sekadar founder kat belakang kotak bawah kecik aje. Nampak tak nampak aje, barulah lagi eksklusif perfume ini setanding dengan harganya RM150 sebotol.

Tak pasti isian perfume ni inspired macam perfume inspirasi murahan di pasaran atau tidak. Tapi, dari bahan-bahan yang digunakan dah setanding dengan bahan-bahan perfume retis antarabangsa. Cuma baunya... hampir 98% seakan bau perfume GUCCI BAMBOO by GUCCI. Semburan awal menyemarakan bau citrus yang lebih pada begamot. Namun, selepas dry down, atau beberapa minit kemudian selepas kering, baunya terus ke arah GUCCI BAMBOO. Kepada peminat perfume GUCCI BAMBOO, perfume ini boleh anda miliki kalau tak mampu beli GUCCI BAMBOO yang sedia mahal tu.

Tahap long lasting boleh dipuji sebab perfume ni pun mempunyai kepekatan Eau De Parfum yang boleh kekal lama baunya melebihi 8 jam. Sesuai untuk mereka yang bekerja di ofis. Untuk out door I tak berapa pasti sesuai ke tak, sebab dry down perfume ni bukan ke arah bau yang segar. Tapi ke arah bau floral. Untuk majlis-majlis elegent, kenduri kahwin dalam ballroom, atau majlis tertutup, perfume ini memang sesuai digunakan.




Kepada peminat Dato' Siti Nurhaliza, anda perlu memiliki perfume ini sebagai koleksi anda memandangkan perfume ini edisi terhad. Beli terus 10 botol. Buat kenangan. Hahaha... I? Beli sebotol cukuplah. Kalau isi dah habis botolnya masih boleh simpan buat kenangan. Betul tak? Hihihi..

Penilaian keseluruhan: ★★★☆☆


Ulasan daripada : Didie Starz




Share on Google Plus

Penafian

H.Starz tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.

0 comments:

Catat Ulasan